Friday, December 6, 2019

About us

Published on 7:26 AM 3 Comments Labels : ,

Friday, December 6, 2019





Assalamualaikum, dan selamat datang ke blog kami. Terima kasih kerana sudi datang dan melawat ke blog kami. 

Kami adalah pelajar dari Kolej Ketengah, Dungun, Terengganu. Kami merupakan batch 9 dan merupakan pelajar sem 5 untuk tahun ini. Blog ini bertujuan untuk kami berkongsi serba sedikit kepada anda semua tentang apa yang telah kami pelajari berkaitan dengan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Ini juga adalah salah satu dari assignment kami dalam subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 

Terdapat beberapa kandungan di dalam blog kami  iaitu muzik dalam pendidikan awal kanak-kanak, belajar sambil bermain dan teori Howard Gardner. Didalam kandungan yang pertama kami menceritakan tentang subjek muzik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kami juga menerangkan tetang kepentingan muzik kepada kanak-kanak dan menunjukkan sedikit contoh contoh gambar alat muzik.

Seterusnya, kandungan kami yang kedua pula tertumpu kepada belajar sambil bermain. Di dalam kandungan ini kami menerangkan  tentang jenis-jenis  dan contoh-contoh aktiviti  bermain sambil belajar yang boleh diaplikasikan oleh guru dan kanak-kanak.

Untuk kandungan yang terakhir ini pula, kami menerangkan tentang teori Howard Gardner iaitu tentang sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner. Kami juga menerangkan tentang kelebihan dan kelemahan teori ini.

Kami berharap dengan perkongsian tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak ini  dapat memberi serba sedikit ilmu kepada anda semua.

Thursday, December 5, 2019

Gallery

Published on 12:00 AM 0 Comments Labels : ,

Thursday, December 5, 2019

Aktiviti sukaneka pelajar batch 9 Kolej Ketengah bersama dengan kanak-kanak berpendidikan khas di PDK,AMBS pada 5 November 2019.

















Sesi microteaching bersama kanak-kanak Tadika Madani.






Aktiviti microteaching di Tadika Anggerik


Aktiviti explorace bersama kanak-kanak show me kids di teluk ketapang.


















Wednesday, December 4, 2019

Teori Berkaitan Muzik Dan Pergerakkan

Published on 2:54 AM 0 Comments Labels : ,

Wednesday, December 4, 2019

Jean Piaget



  1. Skema(Potensi Am yang ada dalam diri kanak-kanak untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu).
  2. Asimilasi(Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang ada).
  3. Akomodasi(Proses dimana struktur kognitif mengalami perubahan)
  4. Adaptasi(keseimbangan yang wujud antara Akomodasi dan Asimilasi untuk sesuaikan dengan persekitaran).
Tahap Perkembangan Kognitif
  • Tahap sensori motor(0-2 tahun)
  • Mula mempelajari tentang dirinya dengan melihat,sentuh,mendengar dan kemudian menirunya.
Tahap Praoperasi(2-7 tahun)
  • Tiga fenomena(pengamatan,ingatan,bayangan)
Tahap Operasi Konkrit(7-12 tahun)
  • Memahami konsep nombor,abjad,simbol,natasi dengan baik
  • Pembelajaran muzik berjalan lancar
Tahap Operasi Formal(12 tahun-dewasa)
  • Memahami konsep muzik yang abstrak

Dalcroze

  1. Kaedah ini melatih kemahiran dalam konsep muzik yang asas seperti irama,ton,dinamik dan  bentuk.
  2. Berpendapat bahawa badan manusia merupakan alat muzik semulajadi.
  3. Beliau menghasilkan 3 elemen yang berasaskan pergerakan.

Tiga Elemen Kaedah
  1. Euritmik(Euryhtmics) - Aktiviti yang melibatkan gerakkan(setempat,arah,ruang)
  2. Kaedah solfa - melatih kemahiran pendengaran secara dalaman(innerhearing) dan kekalkan kongsep harmoni
  3. Kaedah improvisasi - penambaikkan(improvisasi)

Pengenalan Muzik

Published on 2:28 AM 0 Comments Labels : ,




Definisi Muzik
  • satu kesenian yang tertumpu pada aspek pandangan Laural (champbell 1995).
  • bunyi-bunyian yang disusun secara sistematik dan kualiti tersendiri.
Kepentingan Muzik
  • luah perasaan
  • kukuhkan konsep kendiri
  • tertarik dengan rentak/irama muzik
  • mudah menyerapi jiwa
  • bantu perkembangan menyeluruh
Definisi Pergerakan
  • bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan berubah kedudukan/kekal.
  • lokomotor:pergerakan yang menyebabkan tubuh badan berubah kedudukan. contohnya berlari,bergerak.
Kepentingan Pergerakan 
  • penglibatan diri sepenuhnya
  • memberi peluang kepada kanak-kanak
  • memberi respon kepada muzik

Tuesday, December 3, 2019

Kriteria-Kriteria Dalam Pemilihan Lagu

Published on 10:51 PM 0 Comments Labels : ,

Tuesday, December 3, 2019

Jenis-jenis lagu


  • Lagu Beraksi
  • Lagu Rakyat
  • Lagu Permainan
  • Lagu Nasihat
  • Lagu Permainan Jari
  • Lagu Serantau
  • Lagu Bertema
  • Lagu Tradisional
  • Lagu Nasyid Kanak-Kanak
  • Lagu Pantun dan Puisi
  • Lagu Teka-Teki
Jenis-Jenis Melodi atau Muzik
  1. Muzik Tradisional
  2. Muzik Klasik
  3. Muzik Rakyat
  4. Muzik Konsemporari
  5. Muzik Popular
  6. Muzik Sinkretik
Ciri-ciri sebuah lagu
  • Kaitkan lagu dengan pergerakkan, drama atau mainan yang sesuai kerana ianya menambahkan minat kanak-kanak terhadap lagu itu.
  • Lirik yang sederhana(tidak terlalu pendek atau panjang)
  • Perkataan yang berulang
  • Lagu yang mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat yang pendek.
  • Melodi yang mudah difahami dan berulang

Monday, December 2, 2019

Kumpulan alat-alat muzik

Published on 2:21 AM 0 Comments Labels : ,

Monday, December 2, 2019

1. Dipukul


  • Bernada
  • Tidak bernada
Contoh: Drum, Tamborin, Gong

2. Dipetik
  • Alat muzik yang cara memainkannya dengan cara dipetik.
Contoh: Gitar, Biola, Mandolin

3. Ditekan
  • Piano, Keyboard, Organ, Launchpad


Alat muzik bertali
  • Alat muzik yang menggunakan tali untuk keluarkan bunyi (tali yang bergetar).
  • 3 kumpulan iaitu:                                   
                                       1) Lutes (tali disokong neck&bout)
                                       2) Harps (alat talinya di frame
                                       3) Zithers (tali dipasang di dalam badan)

Alat muzik perkusi
  • Alat muzik yang paling tua.
  • Dimainkan samada diketuk atau digoncang.
  • Contoh: Tamborin, Marakas, Chimes, Marimba

Sunday, December 1, 2019

Contoh alat-alat muzik

Published on 2:29 AM 0 Comments Labels : ,

Sunday, December 1, 2019

            
                                                                       


 Gitar
                                                                        


 Drum
                                                                      
     Harps

                                                                          
    Lutes


                                                                           
    Piano
                                                                  
      Tamborin


                                                                       
 Zithers




Rujukan: Nota Muzik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Clipart-library.com/gitar-images.html

Tuesday, November 5, 2019

Teori Howard Gardner

Published on 5:30 PM 0 Comments Labels : ,

Tuesday, November 5, 2019

TEORI KECERDASAN PELBAGAI





1.KONSEP



Teori kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak(IQ), kecerdasan emosi(EQ) dan kecerdasan spiritual(SQ).

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh dalam pendidikan serta membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logikal atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan dengan ujian IQ tradisional.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasilnya daripada kajian beliau yang dijalankan dengan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan  kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

2. SEMBILAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI



2.1 LOGIKAL MATEMATIK

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan juga nombor. Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. 

Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang  berlaku di sekililing. Contoh pekerjaan bagi kecerdasan ini ialah saintis, jurutera, arkitek dan doktor.


2.2 SPATIAL/VISUAL RUANG


Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan kepintaran jenis mereka ini ialah artis, pereka dan juga arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga bijak dalam permainan puzzle. Spatial/Visual ruang ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan juga waktu. Individu yang mahir di dalam bidang ini juga akan menjadi juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga perancang bandar. 

2.3 LINGUISTIK

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik yang tinggi ini akan memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan juga bahasa. Mereka kebiasaannya minat untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik melalui membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan juga berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. 

Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya. Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan juga novelis. 

2.4 KINESTETIK

Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara teperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks.

Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot. 












Monday, November 4, 2019

Teori Howard Gardner 2

Published on 12:00 AM 0 Comments Labels : ,

Monday, November 4, 2019

2.5 Muzik
 Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk mengemari dan meluahkan perasaan melalui muzik.Hal ini kerana kercerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya.Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh, serta suara-suara yang lain. Individu seperti mereka ini berupaya untuk menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik lagu dengan baik.Selain itu, mereka ini tercenderung dalam  kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah saja untuk mengenali dan mengingati nada-nada muzik. Meraka juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu seperti mereka pandai melantunkan nada lagu dengan baik, mereka juga pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya kehebatan P.Ramlee dengan ciptaannya yang evergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G,

2.6 Interpersonal
 Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat, dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka juga dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan  interpersonal yang bagus biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Selain itu, pada tahap yang mudah, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami perasaan, fikiran, tingkah laku, dan harapan orang lain. Kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitifterhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya mereka dan mudah terlibat dalam sesebuah pengaulan. Mereka yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururundingdan imam.

2.7 Intrapersonal
 Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberikan keyakinan yang tinngi kepada mereka tentang kebolehan diri mereka sendiri. Selain itu, mereka juga pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan,prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Secara keseluruhannya, individu yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Individu seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan suka melakukan renungan yang mendalam san termenung di pesekitaran yang sunyi. Biasanya mereka ini mempunyai peribadi yang tertutup. Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi yang terjadi. Mereka juga mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlaukan. Contohnya sperti pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.

2.8 Naturalis
 Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya  merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa diluar dan suka mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka juga mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna. Cotohnya seperti mengklasifikasikan bentuk-bentuk semulajadi seperti haiwan, spesis tumbuhan, batu-batuan, dan jenis gunung serta pengetahuan yang digunakan semulajadi dalam perladangan, perlombongan dan lain-lain. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas.

2.9 Spiritual/ Eksistensialisme
 Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, seperti erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkanal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999. Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang ditengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nalai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.











Sunday, November 3, 2019

Kelebihan Dan Kelemahan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai

Published on 6:00 PM 0 Comments Labels : ,

Sunday, November 3, 2019

KELEBIHAN MENGGUNAKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
  • Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat adalah sangat baik dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah.
  • Seseorang guru dapat melihat potensi pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada pelajar, maka ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan lagi potensi yang ada pada anak muridnya.
  • Ia juga membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu, pelajar dapat mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada padi diri mereka.
  • Dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran, penekanan dan pemfokuskan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai.
  • Guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar.
  • Membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran. Ia membolehkan guru itu menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid.
  • Kecerdasan pelbagai initi  tidak menghadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.
  • Pelajar juga dapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan pelbagai. Dimana mereka dapat memahami   potensi yang ada pada mereke sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf.
  • Pelajar juga akan memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling meereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.
  • Memfokuskan lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang kepada semua individu untuk menonjolkann kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil.
  • Ia membolehkan semua pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasa diri mereka mempunyai nilai dan kepentingan.


KELEMAHAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
 Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu mengenalpasti kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarnya. Oeh itu, guru perlu melakukan kaji selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Antara kelemahannya adalah:
  • Cara pengajaran dan pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu jufa merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran.
  • Dengan cara pembelajaran seperti ini akan menyebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai potensi yang berbeza,sekiranya guru hanya menekankan kepada satu aspek sahaja dan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran, maka ianya akan menimbulkan perasaan kurang minta kepada pelajar untuk belajar.
  • Boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih sayang. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan pelajar lain.
  • Hal ini menimbulkan diskriminasi kepada potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik kepada potensi seseorang akan mengganggu proses pembelajaran.
  • Guru yang tidak kreatif bagi mewujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaian ilmu, merupakan salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang.
  • Guru yang tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran sebagai contohnya, guru hanya bercakap di dalam kelas tanpa menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini, seperti penggunaan power point, video dan lain-lain, maka tahap kecerdasan pelajar tidak dapat berkembang.




Saturday, November 2, 2019

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Published on 12:00 AM 4 Comments Labels : ,

Saturday, November 2, 2019

Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanakan tanggungjawab bagi mendidik anak bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan peningkatan. Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlulah mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.  Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru  perlulah melakukan aktiviti yang melibatkan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menari minat mereka, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini disebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza. Pada peringkat pertama ini, guru mengenalpasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan  pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui mengenalpasti ini, guru dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.

Peringkat kedua pula bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran harian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi menyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguaistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan, bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya bileh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan, atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melaui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergeraakan seluruh badan atau ativiti  hand-on?, Disamping itu, elemen interpersonal memlibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi?.
Pada peringkat kedua ini juga, guru harus memikirkan cara memaksimunkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan masing-masing.

 Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangkan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajardalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya, Melalui kinestetik pula, murid dapat memanipulasi alat, bahan untuk menyelesaikan masalah. Melalui muzik, murid memahami ritma, harmoni, mengenalpasti masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan dari segi interpersonal pula, mereka mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan sendiri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya. Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreativiti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar. Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengapllikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan..








Friday, November 1, 2019

Kesimpulan Howard Gardner

Published on 10:00 AM 0 Comments Labels : ,

Friday, November 1, 2019

KESIMPULAN


Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan  baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik. Mengaplikasikan teori kecerdasan yang pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan yang menekankan kecerdasan asas seperti kecerdasan verbal-linguistik dan logikal-matematik. 

Oleh itu, kesemua tenaga pengajar haruslah menekankan kesemua teori agar dapat mengetahu kebolehan yang ada pada diri seseorang.





Monday, October 14, 2019

Belajar Melalui Bermain 1

Published on 12:00 AM 0 Comments Labels : ,

Monday, October 14, 2019

Bermain ialah kerja kanak-kanak. Pendekatan BELAJAR MELALUI BERMAIN merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Bermain menjadikan kaedah utama yang menjadi teras kepada semua proses pembelajaran merangkumi bidang pembelajaran PERMATA. Bermain merupakan fitrah kanak-kanak yang melibatkan pengalaman langsung mengendali dan memanipulasi alat mainan dan bahan dalam persekitarannya. 
Anda perlu memahami tajuk ini kerana dengan bermain, kanak-kanak akan dapat:

  • meluahkan perasaan dan rasa gembira yang boleh mengurangkan tekanan
  • melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti dan dapat menyelesaikan masalah 
  • membentuk sahsiah diri yang positif melalui kerjasama, berkongsi, mengikut aturan, berinisiatif, sukarela serta berkeyakinan diri
  • mengembangkan kemahiran deria dan motor
  • meningkatkan kecergasan badan dan mengurangkan tenaga berlebihan
  • mengimbangkan aktiviti pasif dan aktif dan menanam tabiat suka melakukan aktiviti fizikal
  • mengukuhkan kebolehan kognitif seperti membuat pengelasan, meramal, membanding dan mengenalpasti sebab-akibat.

Terdapat beberapa jenis permainan yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran PERMATA. Antaranya ialah;

  1. Permainan Bebas
  2. Permainan Manipulatif
  3. Permainan Fizikal
  4. Permainan Bahasa
  5. Permainan Sensori
  6. Permainan Kognitif
  7. Permainan Kreatif
  8. Permainan Tradisional
1.Permainan Bebas

Permainan bebas ialah permainan berdasarkan pilihan kanak-kanak. Kanak-kanak diberi peluang untuk memilih barang permainan dan sudut yang disukai oleh mereka. Permainan bebas memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka, mengeskperimen, memperkembangkan kreativiti. Permainan bebas dapat meningkatkan kebolehan dalam bidang yang diminati mereka. Contohnya, kanak-kanak memilih bermain blok untuk menghasilkan binaan atau bermain alat muzik untuk menghasilkan bunyi yang disukainya.

Permainan bebas merupakan salah satu peluang memupuk potensi kecerdasan tertentu kerana di ruang bermain inilah kanak-kanak akan bermain mengikut minatnya sendiri. Pendidik/Pengasuh berperanan menyediakan alat mainan dan sudut permainan yang sesuai serta merangsang dan menggalakkan kanak-kanak untuk mencipta rekaan baharu dalam permainan bebas.





Sunday, October 13, 2019

Belajar Melalui Bermain 2

Published on 5:30 PM 0 Comments Labels : ,

Sunday, October 13, 2019

2.Permainan Manipulatif

Permainan manipulatif ialah permainan yang melibatkan kanak-kanak memanipulasi bahan atau objek semasa bermain. Kaedah bermain dengan barang mainan menggalakkan kanak-kanak melahirkan idea, fantasi dan kreativiti sendiri. Ini akan memberikan keseronokan dan meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak. Jenis permainan manipulatif yang boleh dirancang untuk kanak-kanak ialah permainan blok dan binaan, puzzle, menguntai manik, bermain bahan dari persekitaran seperti main kayu, ranting dan lain-lain.

Untuk menjadikan aktiviti ini lebih bermakna, pendidik/pengasuh boleh membimbing dan memberi "scaffolding" kanak-kanak semasa mereka bermain. Dengan menyediakan pelbagai bahan dan peralatan manipulatif serta berbual-bual tentang apa yang mereka lakukan dapat memberi galakan kepada kanak-kanak mencetuskan idea dan reka cipta.

3. Permainan Fizikal

Permainan fizikal adalah salah satu daripada aktiviti harian yang dijalankan di TASKA sama ada diluar atau di dalam bangunan. Permainan tersebut melibatkan pergerakan fizikal yang membolehkan kanak-kanak menggunakan tenaga dan meneroka ruang luar kelas. Ini satu peluang untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan juga motor halus, koordinasi deria dan menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan kanak-kanak. Permainan fizikal di luar kelas juga dapat memberi peluang kanak-kanak memahami dunia persekitaran melalui penerokaan, pemerhatian dan juga pengalaman. 

Diluar kelas, kanak-kanak mencuba keberanian untuk memanjat, menjerit, menyanyi dan meluahkan perasaan. Kajian juga membuktikan bahawa permainan luar kelas dapat mengurangkan masalah obesiti kanak-kanak. Permainan fizikal ialah merangkak dalam terowong, melompat tali, berlari dan mengejar, main gelongsor, main buaian, memanjat pokok, meniti jambatan, menendang bola, mengayuh basikal dan lain-lain lagi. Permainan yang boleh meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak ialah seperti mengoyak, mengguli, menconteng, merantai manik dan sebagainya.
Permainan fizikal perlu dijalankan setiap hari, terutama permainan yang melibatkan kemahiran motor kasar dengan memperuntukkan masa bermain fizikal di dalam jadual harian di TASKA. Kaedah ini dapat menyeimbangkan antara aktiviti dalam dengan luar kelas serta permainan aktif dan pasif untuk kecergasan kanak-kanak.

Saturday, October 12, 2019

Belajar Melalui Bermain 3

Published on 12:00 PM 0 Comments Labels : ,

Saturday, October 12, 2019

4.Permainan Bahasa 

Aktiviti permainan bahasa menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi, bertutur dan mendengar melalui permainan seperti perbualan, bercerita, tunjuk dan cerita(show and tell), mainan teka teki, berpantun, rythming, dan berdrama setelah mendengar cerita daripada pendidik/pengasuh atau meniru tingkah laku yang diperhatikan. Bersama bayi, pendidik/pengasuh boleh bermain sorok objek dan seterusnya boleh menyebut objek tersebut. Contoh lain, iaitu permainan menyambung cerita dan main sep-sep.

5.Permainan Sensori

Permainan sensori merupakan permainan yang melibatkan penggunaan deria kanak-kanak seperti deria dengar, lihat, sentuh, dan rasa. Permainan sensori banyak tertumpu kepada bayi dan kanak-kanak kecil. Aktiviti permainan  sensori bayi ialah permainan berkaitan tekstur dan berbunyi apabila disentuh. Contoh permainan tersebut ialah kereta mainan yang mengeluarkan bunyi apabila disentuh dan permainan ketuk-ketuk seperti tukul, buku, bola dan permainan yang pelbagai bentuk warna dan tekstur. Permainan muzik dan gendang juga ialah permainan yang membolehkan kanak-kanak menikmati pelbagai bunyi dan membezakan bunyi tersebut. Semua ini akan memberi rangsangan kepada deria mereka. 

Permainan sensori ini akan meningkatkan kebolehan kawalan, jari dan kepekaan deria sentuh kanak-kanak. Contoh, permainan kanji, main pasir dan main air.

MAIN PASIR;
Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa bermain pasir:
  • menggali, mencurah, menapis dan menceduk pasir
  • membina istana pasir, menggali terowong atau membina zoo
  • mengisi pasir ke dalam bekas, corong atau botol
  • menulis dan melukis di atas permukaan pasir
  • membuat pelbagai bentuk, dengan tangan atau acuan seperti cawan, mangkuk, sudu dan penutup botol
MAIN AIR:
Aktiviti dan eksperimen semasa bermain air adalah seperti berikut:
  • menuang, menceduk, memerah air ke dalam bekas
  • menebuk beberapa lubang keliling botol dan masukkan air
  • membasuh buah-buahan, pakaian, sayur-sayuran dan peralatan permainan yang digunakan oleh mereka
  • mengeksperimenkan bahan tenggalam,timbul dan terapung
  • menguji bahan larut dan tidak larut - gula; garam; tepung; pasir
  • mengecat warna menggunakan bahan serap air dan tidak serap air
  • menyediakan air minuman seperti sirap, susu dan kopi
  • mengalami fenomena air berpusar, mengalir, berkocak, memercik, melimpah, memenuhi bekas dan bertukar warna

Friday, October 11, 2019

Belajar Melalui Bermain 4

Published on 10:00 AM 0 Comments Labels : ,

Friday, October 11, 2019

6.Permainan Kreatif

Permainan kreatif merujuk kepada permainan yang menggunakan imaginasi dan reka cipta. Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta permainan sendiri daripada alat dan bahan persekitaran. Permainan dalam kategori ini termasuk juga main peranan dan olok-olok yang akan membantu kanak-kanak memahami antara fantasi dengan realiti. Kanak-kanak digalakkan menggunakan pelbagai bahan dan membuat pergerakan mengikut idea dan minat masing-masing. Kanak-kanak memilih sendiri peranan yang disukai dan melakonkan watak tersebut. Contohnya, apabila kanak-kanak berada di sudut main masak-masak, mereka akan melakonkan watak seperti ibu, anak atau watak lain yang bersesuaian dalam suasana sebuah restoran atau rumah. 

Untuk menjadikan drama dan main peranan lebih bermakna dan interaktif, pendidik/ pengasuh boleh turut serta beraksi dalam situasi yang dimainkan oleh kanak-kanak, dan mencabar minda mereka dengan bertanyakan soalan terbuka. Lakonan dan main peranan dapat memberikan keseronokan dan meingkatkan konsep kendiri serta keyakinan diri kanak-kanak, di samping dapat menyuburkan sahsiah dan kemahiran sosial kanak-kanak. Melalui cabaran dalam permainan, kanak-kanak akan berusaha untuk menghasilkan sesuatu reka cipta atau menyelesaikan masalah. Di antara permainan kreatif yang boleh dijalankan oleh kanak-kanak ialah permainan mencari harta karun. 

7.Permainan Kognitif

Permainan kognitif melibatkan pemikiran logik dan penyelesaian masalah dan pembelajaran awal matematik. Contohnya seperti permainan domino yang memerlukan kanak-kanak belajar memadan, permainan blok dan permainan binaan. Melalui permainan ini, kanak-kanak akan belajar membuat pengelasan dan perbandingan. Kanak-kanak juga akan dapat membina perbendaharaan kata seperti kecil dan besar. Dalam permainan air pula, kanak-kanak mempelajari konsep awal matematik dan konsep sains seperti kosong, penuh, sebelum, selepas, cetek, dalam, berat dan ringan. 

Banyak permainan kognitif lain yang membolehkan kanak-kanak pelajari kuantiti, padanan satu sama lain, dan membilang. Contohnya, dalam permainan congkak. Kanak-kanak akan belajar konsep nombor dan urutan, dalam permainan teng-teng. Dalam permainan jual beli pula, kanak-kanak akan pelajari konsep wang dan membilang nilai wang.

8.Permainan Tradisional

Permainan tradisional mengandungi banyak tersirat, tertutama dari segi kerjasama dan mengikut peraturan mudah. Seperkara lagi, kebanyakan permainan ini adalah permainan luar bangunan. Ia sebagai  cara supaya kanak-kanak dan pendidik/pengasuh terlibat aktif dengan permainan luar kelas dan tidak hanya tertumpu bermain dalam kelas dan kurang aktif. 

Melalui permainan tradisional, kanak-kanak akan belajar nilai murni yang terdapat dalam permainan ini yang membantu perkembangan sahsiah, nilai dan kerohanian mereka. Contoh permainan bermain baba cak, main sorok-sorok, main kejar-kejar, main congkak, main teng-teng, bermain pukul berapa datuk harimau dan jan-jan jala. Daripada permainan ini, kanak-kanak dapat belajar bekerjasama, melindungi rakan, mengambil giliran, ekspresi diri, bertolak ansur dan bersabar.

Permainan tradisional juga berupaya menyokong kesemua enam bidang perkembangan pembelajaran PERMATA.
© 2014 - Layout by Min Lovelyifan specially for PintarSiCilik