4.Permainan Bahasa
Aktiviti permainan bahasa menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi, bertutur dan mendengar melalui permainan seperti perbualan, bercerita, tunjuk dan cerita(show and tell), mainan teka teki, berpantun, rythming, dan berdrama setelah mendengar cerita daripada pendidik/pengasuh atau meniru tingkah laku yang diperhatikan. Bersama bayi, pendidik/pengasuh boleh bermain sorok objek dan seterusnya boleh menyebut objek tersebut. Contoh lain, iaitu permainan menyambung cerita dan main sep-sep.
5.Permainan Sensori
Permainan sensori merupakan permainan yang melibatkan penggunaan deria kanak-kanak seperti deria dengar, lihat, sentuh, dan rasa. Permainan sensori banyak tertumpu kepada bayi dan kanak-kanak kecil. Aktiviti permainan sensori bayi ialah permainan berkaitan tekstur dan berbunyi apabila disentuh. Contoh permainan tersebut ialah kereta mainan yang mengeluarkan bunyi apabila disentuh dan permainan ketuk-ketuk seperti tukul, buku, bola dan permainan yang pelbagai bentuk warna dan tekstur. Permainan muzik dan gendang juga ialah permainan yang membolehkan kanak-kanak menikmati pelbagai bunyi dan membezakan bunyi tersebut. Semua ini akan memberi rangsangan kepada deria mereka.
Permainan sensori ini akan meningkatkan kebolehan kawalan, jari dan kepekaan deria sentuh kanak-kanak. Contoh, permainan kanji, main pasir dan main air.
MAIN PASIR;
Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa bermain pasir:
- menggali, mencurah, menapis dan menceduk pasir
- membina istana pasir, menggali terowong atau membina zoo
- mengisi pasir ke dalam bekas, corong atau botol
- menulis dan melukis di atas permukaan pasir
- membuat pelbagai bentuk, dengan tangan atau acuan seperti cawan, mangkuk, sudu dan penutup botol
MAIN AIR:
Aktiviti dan eksperimen semasa bermain air adalah seperti berikut:
- menuang, menceduk, memerah air ke dalam bekas
- menebuk beberapa lubang keliling botol dan masukkan air
- membasuh buah-buahan, pakaian, sayur-sayuran dan peralatan permainan yang digunakan oleh mereka
- mengeksperimenkan bahan tenggalam,timbul dan terapung
- menguji bahan larut dan tidak larut - gula; garam; tepung; pasir
- mengecat warna menggunakan bahan serap air dan tidak serap air
- menyediakan air minuman seperti sirap, susu dan kopi
- mengalami fenomena air berpusar, mengalir, berkocak, memercik, melimpah, memenuhi bekas dan bertukar warna
0 comments:
Post a Comment