Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk mengemari dan meluahkan perasaan melalui muzik.Hal ini kerana kercerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya.Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh, serta suara-suara yang lain. Individu seperti mereka ini berupaya untuk menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik lagu dengan baik.Selain itu, mereka ini tercenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah saja untuk mengenali dan mengingati nada-nada muzik. Meraka juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu seperti mereka pandai melantunkan nada lagu dengan baik, mereka juga pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya kehebatan P.Ramlee dengan ciptaannya yang evergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G,
2.6 Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat, dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka juga dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang bagus biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Selain itu, pada tahap yang mudah, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami perasaan, fikiran, tingkah laku, dan harapan orang lain. Kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitifterhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya mereka dan mudah terlibat dalam sesebuah pengaulan. Mereka yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururundingdan imam.
2.7 Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberikan keyakinan yang tinngi kepada mereka tentang kebolehan diri mereka sendiri. Selain itu, mereka juga pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan,prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Secara keseluruhannya, individu yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Individu seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan suka melakukan renungan yang mendalam san termenung di pesekitaran yang sunyi. Biasanya mereka ini mempunyai peribadi yang tertutup. Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi yang terjadi. Mereka juga mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlaukan. Contohnya sperti pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.
2.8 Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa diluar dan suka mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka juga mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna. Cotohnya seperti mengklasifikasikan bentuk-bentuk semulajadi seperti haiwan, spesis tumbuhan, batu-batuan, dan jenis gunung serta pengetahuan yang digunakan semulajadi dalam perladangan, perlombongan dan lain-lain. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas.
2.9 Spiritual/ Eksistensialisme
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, seperti erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkanal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999. Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang ditengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nalai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.
0 comments:
Post a Comment