Peringkat kedua pula bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran harian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi menyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguaistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan, bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya bileh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan, atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melaui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergeraakan seluruh badan atau ativiti hand-on?, Disamping itu, elemen interpersonal memlibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi?.
Pada peringkat kedua ini juga, guru harus memikirkan cara memaksimunkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan masing-masing.
Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangkan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajardalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya, Melalui kinestetik pula, murid dapat memanipulasi alat, bahan untuk menyelesaikan masalah. Melalui muzik, murid memahami ritma, harmoni, mengenalpasti masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan dari segi interpersonal pula, mereka mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan sendiri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya. Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreativiti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar. Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengapllikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan..
sangat bermanfaat.
ReplyDeletemembantu dalam mengaplikasikan teori dalam P&P. Terima kasih
ReplyDeleteVERY INTERESTING
ReplyDeleteSangat membantu dalam assignment DPLI saya
ReplyDelete