KELEBIHAN MENGGUNAKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
- Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat adalah sangat baik dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah.
- Seseorang guru dapat melihat potensi pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada pelajar, maka ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan lagi potensi yang ada pada anak muridnya.
- Ia juga membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu, pelajar dapat mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada padi diri mereka.
- Dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran, penekanan dan pemfokuskan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai.
- Guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar.
- Membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran. Ia membolehkan guru itu menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid.
- Kecerdasan pelbagai initi tidak menghadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.
- Pelajar juga dapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan pelbagai. Dimana mereka dapat memahami potensi yang ada pada mereke sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf.
- Pelajar juga akan memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling meereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.
- Memfokuskan lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang kepada semua individu untuk menonjolkann kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil.
- Ia membolehkan semua pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasa diri mereka mempunyai nilai dan kepentingan.
KELEMAHAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu mengenalpasti kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarnya. Oeh itu, guru perlu melakukan kaji selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Antara kelemahannya adalah:
- Cara pengajaran dan pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu jufa merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran.
- Dengan cara pembelajaran seperti ini akan menyebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai potensi yang berbeza,sekiranya guru hanya menekankan kepada satu aspek sahaja dan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran, maka ianya akan menimbulkan perasaan kurang minta kepada pelajar untuk belajar.
- Boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih sayang. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan pelajar lain.
- Hal ini menimbulkan diskriminasi kepada potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik kepada potensi seseorang akan mengganggu proses pembelajaran.
- Guru yang tidak kreatif bagi mewujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaian ilmu, merupakan salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang.
- Guru yang tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran sebagai contohnya, guru hanya bercakap di dalam kelas tanpa menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini, seperti penggunaan power point, video dan lain-lain, maka tahap kecerdasan pelajar tidak dapat berkembang.
0 comments:
Post a Comment